Juyeon story
1..2..3.. dah 3 minggu hari kantin berlalu.kehidupan aku pun dah berubah.sejak dari haritu aku lah 'hot isuue' kat sekolah. ni semua gara-gara Mir! bukan kat sekolah je..kat luar sekolah pun.! omma bukan nak tolong lagi suka adalah.
lepas je Mir mengaku aku girlfriend dia masa hari kantin tu..malam tu terus masuk internet cerita tentang kami..esoknya masuk surat khabar and then sampai pulak kat sekolah. Mir boleh ketawa geli hati pula.
bila aku check je twitter aku ramai orang add aku..bukan sebab nak berkawan tapi sebab nak kutuk.bukan dari negara korea je.. satu dunia kot. apalah malangnya nasib aku.
Tapi tak pe..Bukan semua orang yang anti aku..ada juga yang sokong aku. .
Aku memusing-musingkan pen di atas meja.bosan.Hyomin dah 2 hari tak datang,aku pergi rumahnya semalam..dia demam. aku mana lah ada kawan lain.HyunA pulak semenjak hari kantin tu berakhir dia tak pernah tegur aku..kehulur kehilir bersama Jinny,Mir..kata je bofriend tapi batang hidung pun tak nampak..kata kawan2 dia,dia sibuk uruskan budak junior dan Dongwoon kejap ada kejap tak de..sibuk dengan fan meeting Beast. susahnya jadi artis kan?
"Juyeon-yo!"Dongwoon menarik kerusi di hadapan ku dan memusingkan kerusi itu menghadap ke mukaku.
"Woonie ya."kataku sambil tersenyum.
"kenapa?bosan?"soalnya
"heh ya.bosan gila"kataku
"Hurm..apalah Mir ni sampai hati dia tinggalkan kau sorang2""Kata dongwoon.Bibirnya di muncungkan sedikit.seolah-olah dia pula jadi aku.
"Hahahah biarlah dia sibuk."
"Juyeon..kau suka muzik apa?" soalnya
"urm..macam2 aku suka muzik klasik inggeris..menyenangkan aku"kataku iklas dari sudut hati.
"wah..samalah kita! aku dulu masa sekolah rendah suka main piano.."
"hebat! kau boleh ajar aku main piano?"
"boleh ! takde masalh!"
"Dbukkk!!"
"Ouch! ya!!!!!!!!!" Dongwoon menjerit
Aku menoleh ke hadapan.Mir sedang ketawa geli hati.
"Sorry! "kata Mir.Mir menarik satu kerusi lalu duduk disebelahku.
"Juyeon!!!!!!!! penat betul lah!! budak junior tu lain yang aku ajar lain yang diaorang buat!" ngadu Mir.Mir seakan-akan budak kecil yang mengadu pada ibunya.
"Padan lah muke"kataku separuh ketawa.
Mir mencubit lenganku.peritnya rasa.Aku memukul belakang badannya sekuat hati."Bukk!" sampai bunyi pun terkeluar.
"Ahh sakitnya!!!" jerit Mir.Dongwoon dihadapan ku ketawa mengekeh.
"apa lah korang berdua ni! "kata Dongwoon
"Mir!! Lamanya kau rehat cepatlah!"jerit woo hyun di muka pintu.Woo hyun pun terlibat sama.
Mir memberi simbul 'good' pada Woo hyun.Woo hyun mengerti simbol itu dan Berlalu pergi.Mir segera bangun dari tempat duduknya.
"Sarang,Aku pergi dulu"kata Mir sambil mencubit pipiku sekuat hati.aku menepis tangannya.dan dia tergelak kecil lalu menuju ke muka pintu dan menghilang.
"Pelajar-pelajar..mari mulakan sesi pnp kamu" suara cikgu kim mengejutkan kami.Dongwoon segera duduk di tempatnya semula.
Juyeon Story
Suasana di dalam kelas bergitu senyap sekali.hanya bunyi pen menulis sahaja yang kedengaran.aku menyalin segala nota yang diberikan oleh Cik kim di papan putih.
Eli di sebelahku juga sedang tekun menulis. Dalam banyak2 ahli Black boys..hanya 2 orang sahaja yang rapat denganku..Dongwoon dan Eli.Mir? eh dia lain.!
Youngmin dan Woo Hyun seakan-akan tidak menerima kehadiranku.Ah biarlah mereka! ada aku kisah?!
"Krinkkkk!!" bunyi loceng tanda waktu rehat.
suasana di dalam kelas kembali riuh rendah dengan bunyi hiruk pikuk pelajar-pelajar mengemas barang-barang mereka. Dongwoon,Eli dan Youngmin sudah pun beredar.
Aku masih terkial-kial mengemas barangku.Tanpa disedari di dalam kelas hanya tinggal aku,Jinny dan HyunA.
MEREKA berdua menghampiriku.Aku berpura-pura tidak melihat mereka.
"Dummm!" Jinny menghempaskan buku muzik nya dia atas mejaku.
Aku segera berdiri .
"Pang!!!!" Jinny menamparku.Aku terkejut dan memandang Jinny kehairanan.ni yang buat aku bengang ni bila ada orang tampar aku sesuka hati.
"Kau dengar sini! aku tak nak kau dekat dengan Mir lagi! putuskan hubungan kau dengan dia!"jerkah Jinny.suaranya bergema di sediap sudut di dalam kelas.
"Kalau aku tak nak? apa kau akan buat?" soalku.
"aku akan singkirkan kau dalam apa jua cara mahupun membunuh kau!" Kata Jinny dalam nada yang serious.patutkah aku takut dengan ugutannya itu?
"Jinny dah lah tu.jom pergi." sampuk Hyuna.Aku memandang HyunA sekilas.Hyuna hanya tersenyum nipis memandangku.
"Aku takkan tinggalkan Mir.. Aku hanya akan berpisah dengan Mir kalau Mir yang nak tinggalkan aku."kataku.
Jinny menjengkelkan matanya.Dia betul-betul marah.ada aku kisah?
Jinny sekali lagi mahu melempangku tapi tangannya sempat dihalang oleh HyunA.terima kasih Hyuna ucapku di dalam hati.
"Jinny jom pergi!"Hyuna menarik tangan Jinny.Jinny hanya mengikuti langkahnya.
"Fuhh..lega..nenek kebayan betul"keluhku.
' hey baby say yes yes yes
dont say no no no no' henfon ku berbunyi tanda ada mesej masuk.Sebenarnya lagu tu Mir yang setkan dalam henfonku. Aku tidak dibenarkan menukarnya tanpa kebenaran Mir.Sesuka dia je..bukan suami aku pun.
aku membaca mesej itu
Aku membalas mesej itu.
aku menutup telefonku. dan berlalu pergi menuju ke kantin.ya bagus tinggal 10 minit sahaja lagi waktu rehat tamat.
Dongwoon Story
mana Juyeon ni.Youngmin di sebelahku sedang melahap makanannya.menu tengah harini.kimchi rice+spicy kalbi
aku tak boleh makan harini. malam nanti ada photoshoot album fiction and fact japan vers.kena nampak kurus.AAku hanya meneguk segelas air coke dan makan salad di mejaku.
Eli pula hanya memakan makanan sampingan untuk harini iaitu patbingsu(sejenis desert yang terkenal di korea)
.Aku terlihat kelibat Juyeon sedang membawa dulangnya menuju ke sebuah meja kosong."Juyeon!!!!"
jeritku.Juyeon memandangku.
"sini! jom join kami."pelawaku.
Juyeon mengangguk dan menuju ke arah meja kami.di meletak dulangnya di hadapan ku. . "Annyong Eli" katanya. Eli hanya tersenyum nipis memandang juyeon.
"Dongwoon..kau tak makan ke?"soal Juyeon perihatin.
"Tak..biasalah kerja artis" kataku
"Oh.aku faham" Juyeon menyuap sekeping biskut kedalam mulutnya.
"Eli..balik sekolah nanti kita melawat Hyomin nak?" soal Juyeon pada Eli.
"Urm..boleh.kau tumpang aku atau aku tumpang kau?"soal ELi kembali
"Hahaha sukahati."kata Juyeon keriangan.
"Ok.kau tumpang aku lah.kau mana bawa kereta.! takkan aku nak jalan kaki dengan kau.hehehe" kata Eli separuh bergurau.mereka berdua ketawa keriangan.
.
"Aku dengar-dengar cerita kan hujung tahun ni ada prom night tao!" Youngmin mencelah perbualan kami.
"Ya.mestilah ada lembab.! " Eli menolak kepala Youngmin perlahan.
"Juyeon! kau pernah pergi prom night tak??" soal Ku.
Juyeon tersedak mendengar soalanku.Aku menghulurkan air soya nya.dia menghirup sekali air soya nya.
"Tak"jawabnya pendek.
"kesian kau"kata youngmin bernada perli.Eli menyiku perut youngmin."Ouch.!"
Juyeon melemparkan pandangannya ke tempat lain.keadaan mula tegang,salah aku ke??
"Oh maaf Juyeon." kataku bernada menyesal
"tak pe lah."Juyeon kembali tersenyum membuatkan hatiku lega.
Jinny Story
"HyunA! kenapa kau halang aku tadi? geram betul aku dengan perempuan sundal tu!" kata ku separuh menjerit.
Ikutkan hati nak je aku siat-siat kepala si Juyeon tu.! perampas! Mir milik aku!
"Kau nak satu sekolah tahu cerita pergaduhan kau dengan Juyeon?please lah" Kata HyunA.betul jugak kan.tak pasal-pasal nanti aku digelar perempuan gila sebab attack sesuka hati.Ah lantak lah!
"TAPI aku tak puas hati lah dengan minah tu! macam mana Mir boleh suka dekat dia?kau tengok aku.aku cantik apa..aku model dan perlakon terkenal korea tao.ramai perlakon lelaki yang kacak2 aku pernah jadi gandingan aku!Choi siwon terutama!.pelik betul lah" ngaduku panjang lebar.
Hyuna memutarkan bebola matanya.
Aku melihat sekeliling kantin dan akhirnya.. Itu juyeon.Dia dengan ahli black boys? Wth, aku yang popular ni pon tak pernah duduk satu meja dengan diaorang.macam mana Juyeon? aku mengetap bibirku.Meluat melihat Juyeon ketawa.
"HyunA..kau tengok tu.Juyeon tengah ketawa dengan Ahli Black boys."HyunA mengalihkan pandangannya ke arah juyeon.
"Dongwoon"kata Hyuna perlahan. A'ah..baru aku ingat cerita HyunA dan Dongwoon ketika sekolah rendah.
dengan dongwoon pun dia nak ambik kesempatan jugak?!
"Gedik betul! dengan dongwoon pun dia nak ambik juga.ni tak boleh jadini.takkan kau nak biarkan Dongwoon jatuh kat tangan dia?" soalku cemas
HyunA hanya diam seribu bahasa.HyunA segera berdiri dan berlalu pergi meninggalkan aku sendiri.
"HyunA!" jeritku.
No comments:
Post a Comment