>
Klik:
Photobucket

Love in cirlce life Part 11

Jinny Story
Yes! Yes! akhirnya aku berjaya! Padan muka kau Juyeon! baru kau sedar sebenarnya Mir tak suka kau! kau je perasan lebih.Aku memerhati tempat duduk Juyeon yang terletak Di barisan kedua hadapan disebelah Mir.Kosong.sepi.dah 4 hari dia tak datang semenjak parti kat rumah Mir tu.Dia malu kot sebab perasan lebih.

Satu sekolah tahu apa yang terjadi haritu..bukan setakat Sekolah je Seluruh negara tahu 'Mir Mblaq Playing Juyeon Heart' hahahaha.Mir pulak..Dari haritu asyik menyepi..cuba jauhkan diri dari orang ramai termasuk kawan-kawan dia.Agaknya dia pun malu juga kot.Alah lantaklah! Asalkan Mir solo sekarang.Mir Mir..kau bakal jadi Milik aku selamanya.!

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Mir Story


"Aku benci kau penipu!" suara Juyeon bagai menghantui aku.Juyeon sayang...Aku minta maaf.Kalau kau berada di sisi aku sekarang aku akan melutut depan kau aku akan buat apa sahaja asalkan kau maafkan aku.
Aku membenamkan mukaku di atas meja. Aku tak tahu apa yang harus aku lakukan.Dah 4 hari Juyeon tak hadir ke sekolah.dia sihat ke agaknya? Hyomin pula asyik mengelak dari aku je..

Semua orang salahkan aku sekarang....Kau tak guna Jinny! Perempuan syaitan! sampai bila-bila pun aku takkan suka dekat perempuan gila macam kau! nak je aku simbah asid kat muka dia tu! ingat cantik sangat lah!

Aku menoleh tempat duduk Juyeon disebelahku.Kosong. Aku teringat sewaktu aku menghalau dongwoon dari tempat duduk itu untuk ku beri pada Juyeon.Aku bayangkan kenangan dulu sewaktu Juyeon sedang gelak ketawa di tempat itu.Aku rindu kau Juyeon. Rindu kau setengah mati.Dah banyak kali aku mendail nombor dia tapi dia asyik Off je.

Kalau aku tak dengar idea Woohyun dulu dah lama aku tak jadi macam ni.tapi..kalau tak idea Woo hyun juga  tak mungkin aku kenal dan jatuh cinta pada Juyeon macam sekarang ni.Mungkin sekarang aku masih Anti perempuan.


"Mir..."tegur Woo Hyun.malas aku nak jawab.
"Mir..Jangan macam ni.Kau ni kenapa?"
"......" aku masih terdiam
"Jangan2 kau dah jatuh hati dengan Juyeon?"Soal Woo hyun
Ya,kau kisah apa?! benci aku!
".....Ya..apa masalah kau?!"kataku separuh menengking.

"Whoaaa?!!! kau suka perempuan?! gila! aku tak percaya!"Kata Woo hyun bagai tidak percaya dengan kataku.

"Dulu..sekarang lain."kataku perlahan.Aku segera berdiri di tempat ku.Ah kejangnya..dari tadi aku asyik duduk disini.

"Juyeon tu..memang penggoda.Dia ubah kau mcm ni.apa ilmu dia?"bagai hala lintar perkataan yang baru disebut oleh Woo hyun itu. Aku menarik kolar baju Woo hyun..Dia ingat dia bagus sangat lah nak kutuk Juyeon macam tu!

"Kau cakap jaga sikit! Kau tak kenal dia siapa! " aku menolak Woo hyun sekuat hati. "Sretttt...Dbukkk!"
Woo hyun terjatuh bagai nangka busuk dihadapn ku..semua mata memandang kami.Aku mendekati Woo hyun dan menarik kolar bajunya.

"Kau dengar sini..sekali lagi aku dengar kau cakap buruk2 pasal Juyeon kau kena!" Aku melepaskan kolarnya.Ah aku benci keadaan ni. Aku segera keluar dari kelas itu.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Dongwoon Story


Tok tok tok..ni dah laki ke 2 aku datang rumah Juyeon selepas kejadian kat rumah Mir tu.Aku risau dengan keadaan dia.Dia ok ke? Tadi Jinny cerita Mir dan Woo hyun bergaduh.Terukke? Mir..kejam sungguh kau! kau mainkan perasaan Juyeon! kau memang devil!

"Tok tok tok" aku mengetuk sekali lagi.Mana orang dalam rumah ni.takkan sorang pun tak de.
"tretttt...."bunyi pintu dikuak perlahan.Wajah Juyeon yang pucat terpacul di hadapan muka pintu.Matanya kelihatan letih.Mukanya pucat lesu bagai tiada semangat.Dia sakit. Oh Juyeon..kalau aku tahu rancangan ni sejak dari mula aku akan halang Mir dari hancurkan hati kau.Aku akan sedaya upaya pikat kau sebelum mir.

"Dongwoon..."Katanya perlahan.
"Annyong...Juyeon.kau okey ke?'soalku perihatin.Juyeon membuka pintu luas sedikit.
"masuklah" pelawanya.tanpa berlengah lagi aku memasuki rumahnya.
"Duduk lah..kau nak minum? air apa? biar aku buat"
aku segera menarik tangannya sebelum dia pergi ke dapur.
"Juyeon.."Aku segera menarik Juyeon ke perlukan ku.Tidak pula dia membantah.

"Juyeon..luahkanlah segala hati kau.AKu tahu kau sedih.aku tahu perasaan kau hancur.kau cakap lah segala-galanya padaku..aku disini sentiasa menolong kau." aku mengusap rambutnya.

aku terdengar esakannya di bahuku.

"Aku benci Mir! kenapa dia buat aku macam ni Dongwoon...AKu sayangkan dia separuh mati.Dia hidup aku.kenapa dia buat aku macam ni? apa salah aku.sop..sop.."

"Shhh...Mungkin dia ada sebab.Dia sayangkan kau juga.AKu yakin.aku kenal dia.Selepas kau pindah je sekolah,perangai dia 100% berubah.Dia dah lain.Dia betul2 jatuh cinta"kataku jujur.
Ya..AKu akui.. Mir dah banyak berubah.dia dah tak macam dulu,tapi diari tu...itu bukti segalanya..tapi diari tu... tarikh tu. Rancangan tu ditulis 3 bulan lepas.Mir takkan lakukan apa2 jenis rancangan tanpa pembantu.
Mesti ada seseorang selain Mir dalang semua ni.

Siapakah dia? adakah Jinny? tak mungkin! Mesti orang lain.

Juyeon terus menerus menangis.DiA berada di perlukanku seketika.



+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Juyeon story


Oh Dongwoon..tenanng nye rasa di pelukkanmu. terima kasih sebab dah jadi kawan yang baik untukku.
alangkah bahagianya lelaki didepanku ini adalah kekasih ku.Alangkah bagusnya Dongwoon ialah Mir.

"Dongwoon terima kasih sebab datang.."kataku perlahan.AKu membukakan pintu untuk Dongwoon.
"sama-sama,Juyeon bila nak datang sekolah? Kitaorang rindu kat kau.M..ir pun"

Mir rindukan aku? tak mungkin.
"brtttttt..brtttt.."henfon ku bergetar.aku mengeluarkannya dari kocekku.

"MIR" jelas terpangpang nama nya di skrin henfon ku.aku menekan punat merah.Setakat sekarang sebanyak 120 missed call dari Mir.Lelaki penipu.aku benci kau.Dongwoon seakan-akan faham dengan reaksiku tadi.

"jawab je lah..kesian dia.maafkanlah dia" bukan mudah Dongwoon.

"Okeylah Donngwoon..mungkin esok atau lusa aku datang sekolah."kataku
"(mengangguk perlahan) ok..anneong! jumpa nanti!" Dongwoon segera beredar dari rumahku.aku memerhati tubuh itu hingga hilang dari pandangan.

Mestike aku datang esok?



2 comments:

Anis Zulhas said...

Mesti ! Kau mesti datang ,Mir rindu kau kot ! sobbsobb :')

Wana Kim said...

haihh sabar2

Post a Comment