Juyeon Story
"Omma!! Juyeon tak nak! tak nak!"rengekku sekuat hati.
"Juyeon sayang,Ni semua untuk kebaikan Juyeon.Bukan ke Juyeon suka menari dan menyanyi?" soal omma ku pula.
"Ya,mestilah omma! tapi omma sekolah (sekolah tinggi Art Seoul School) tu terlalau 'Elite' segan lah omma,
lagipun dekat situ tempat artis korea belajar..Mesti hebat-hebat je diaorang" Terangku panjang lebar. sedaya upaya untuk memujuk Omma daripad menghantarnya kesekolah itu.Ommaku mengambil keputusan untuk menghantarku ke sekolah tinggi ART SEOUL SCHOOL ,katanya
dia nak aku jadi seorang yang disegani dan dikenali ramai. Sekolah tinggi ART SEOUL SCHOOL itu terletak di tengah-tengah bandar Seoul.. Sekolah tu sekolah khas untuk pelajar-pelajar yang ingin menceburkan diri dalam bidang seni.Tak kisah lah seni apa pun, menyanyi,menari,melukis,mengarah dan sebagainya.Sehebat mana pun sekolah itu,aku tetap tak nak masuk!
"Juyeon sayang,baguslah kamu satu sekolah dengan mereka yang hebat2.Kamu boleh belajar daripada mereka" Ommaku masih dengan dengan pendirian dia.
Haih..nampaknya aku tak boleh nak buat apa-apa,kalau omma ku kata A , A lah jawabnya..Tak boleh dibantah langsung.Ommaku bergitu kuat dalam pendiriannya,aku anaknya sendiri tak boleh nak bantah.
"Lagipun Omma dah daftar nama Juyeon,takkan nak tolak kot" Sambung Omma ku
"Huhh (mengeluh) ,Okey lah.Juyeon ikut cakap omma.Semuanya demi Omma!" Aku membuat muka seposen ku dengan mulut yang ku juihkan kearah omma.Aku berlalu masuk ke bilikku dengan hentakan kaki yang kuat tanda protes.aku sudah kalah.!
Keesokkan paginya,
Aku memasuki ke pekerangan sekolah tinggi ART SEOUL SCHOOL.Kawasan itu sudah dikerumuni oleh pelajar yang lain.Mereka kelihatan sungguh bergaya.Ada style yang macam Idol2 Kpop,ada style harajuku ( Anime style),Style casual dan macam-macam.Sedangkan aku.. Aku hanya memakai Blouse beropol-ropol di bahagian bawah berwarna hitam putih,dilapisi dengan sweater hitam biasa ,legging berwarna hitam dan beg silang kesayangan ku.
Aku mencari-cari pejabat sekolah itu, Dari block A ke block B,dari block B ke C dan seterusnya.. "mana ni?" keluhku perlahan.Mahu sahaja aku bertanya tapi segan pulak.Aku terus mencari arah tujuan ku.
Tiba-tiba aku disapa satu suara yang aku biasa dengar dari dalam Tv suara siapakah itu? aku menoleh ke belakang dan terkejut dengan apa yang aku lihat.OMG.. dia ni SON DONG WOON! ya aku pasti!
Son Dong Woon dari kumpulan B2ST.Jantungku berdegup gementar.
"Annyong..awak kelihatan gelisah,ada apa-apa yang saya boleh bantu?"Dong woon memulakan perbicaraan
"m..err.. hish,sebenarnya saya pelajar baru kat sini,saya nak cari pejabat tapi daripada tadi tak jumpa"ngaduku kepada Dong Woon.layak ke aku berbuat bergitu?
"Oh,pelajar baru.Pejabat dekat tingkat 3 di block B.Awak naik lift and bila awak keluar je awak akan nampak signboard 'pejabat' dan awak ikut je anak panah yang dia tunjuk"
"Gomapsumnida Dongwoon Sunbaenim!" aku berterima kasih dan membongkok 90 darjah kearah Dongwoon.Aku segera mencepatkan langah ke arah pejabat.Rasa seperti tidak percaya aku sedang bercakap dengan Son Dong Woon!baru hari pertama belum lagi hari-hari yang seterusnya. Mesti banyak lagi Artis-artis yang lain yang belum dijumpaiku Ahh..susahnya.! sekolah ni pun..asal kau besar sangat huh?
Akhirnya aku jumpa pejabat! akhirnya..
"Annyong Haseyo!" sapaku ke arah kerani pejabat.
"Saya pelajar baru" Ucapku ringkas. Kelihatan kerani itu mengangguk kepalanya perlahan.
"Annyong.. Juyeon kan? nah ni jadual kelas kamu" kerani itu menghulurkan sehelai kertas yang tercetak jadual waktu kelas yang bakal aku duduki.
"kelas 1-A" aku membacanya perlahan-lahan.
"Arah n,kamu pergi ke tingkat 3 block A dan bila kamu keluar sahaja dari lif ,kamu belok ke kiri dan terus ke hadapan .dekat situ ada signboard kelas 1-A." terang kerani itu
Aku segera mengangguk dan berterima kasih lalu menuju ke arah lif.
Kelas 1-A
Aku berhenti betul-betul dihadapan kelas itu! betul-betul dihadapan pintu.jantungku mula berdegup kencang
perutku mula menyanyikan irama lagu yang tah apa-apa akibat terlampau nervous . harap-haraplah semua berjalan dengan lancar.Aku memusing tombol pintu perlahan-lahan.Suasana kelas itu sungguh senyap semua mata memandang ke arah ku.jantung ku berdegup dengan lebih laju.Aku menelan segumpal rasa gementar ku dalam-dalam.
"Annyong Haseyo" aku memberi tanda permulaan aku dalam kelas tersebut.
'Annyong..mari masuk"Seorang guru lelaki 40-an menjemputku masuk.dengan langkah yang perlahan, aku menapak masuk ke kelas itu. Mata-mata disitu tajam memandang ke arah ku.
"Lee Ju yeon" dia menyebut nama ku.Aku hanya mengangguk setuju.
"Nama saya Park Kyurong,boleh panggil saya cik Park.Saya guru vokal kamu merangkak guru kelas kamu"
Cik Park memperkenalkan dirinya sendiri
"Annyong Cik Park" aku menunduk separuh ke arah cik Park.
"Baiklah sila memperkenalkan diri kamu kepada rakan2 yang lain" Cik Park memberi arahan
Aku menoleh ke arah 'bakal' rakan sekelasku. Dah lah geharu cendana pula tu,hampir 90% pelajar kelas 1-A adalah artis Korea.Aku nampak Eli dari UKISS!,HyunA 4Minute,Jinny si Pelakon Popular dan ramai lagi yang paling utamanya ada Dongwoon! dia sekelas dengan ku! gembiranya hati!
"Annyong Haseyo,chonun Lee ju yeon imnida! boleh panggil saya Ju yeon!" aku memperkenalkan diri ku.
"permulaan yang bagus.sila ambil tempat kamu juyeon" Cik Park berkata.
Aku terlihat sebuah kerusi kosong di barisan hadapn di sebelah dongwoon aku terus duduk di tempat itu. Woo hyun yang berada di sebelah kiri aku memanggil Youngmin yang berada di hadapan ku sambil berbisik pada youngmin.Aku tidak beberapa dengar apa yang dibacarakan mereka berdua. Mereka berdua ketawa geli hati..apa kena dengan mereka ni?
My First Fan fic,sorry sesangat kalau ada tersalah tatabahasa or ayat ;)
No comments:
Post a Comment