>
Klik:
Photobucket

Love in circle life part 2



Juyeon Story


"Macam mana sekolah tadi?" sergah ommaku dari belakang.
"omma,terkejut juyeon! boleh lah,omma! omma nak tahu siapa classmate juyeon?"kataku bersemangat
"siapa-siapa?" soal Omma penasaran
"Dong woon B2ST,Eli Ukiss,HyunA 4minute,Bora Sistar dan ramai lagi omma!"aku berkata keriangan
sesungguhnya aku memang teruja dapat berjumpa dengan mereka !
"Omma dah cakap,pasti takkan menyesal." Omma memerliku
"he3(ketawa kecil)"
"Omma,Juyeon masuk tidur dulu ya.! saranghaeyo omma" aku memeluk omma dan berlalu pergi ke kamar ku.

Waktu pagi menjelang tiba,
selepas sahaja bersarapan aku terus bersiap-siap menuju ke sekolah baharu ku itu.Kali ini aku memakai baju lengan pendek berwarna Merah,Dilapisi Coat jaket pemberian omma ku dan Seluar jeans berwarna hitam.Rambutku pula Di sisir rapi dengan kemas malas .Tidak sabar-sabar rasanya nak jumpa dengan mereka lagi.! Hari ni aku ada kelas composesition(penciptaan lagu)  3 masa dan kelas menari.Siapa lah agaknya guru tari ku.
Aku  memasuki kelas 1-A dengan penuh keceriaan. Aku memandang tempat duduk Dongwoon dia masih belum disitu sama juga dengan woo hyun,Eli danYoungmin.Aku menoleh sekilas jam di tangan ku. waktu masih awal rupanya..patutlah mereka tidak sampai lagi.Aku terus duduk di tempat duduk ku kelmarin.Aku mendengar sayup sayup suara berbisik antara satu sama lain.Rakan-rakan kelas yang lain memandang ku dengan pandangan yang risau dan di satu sudut di belakang kelas tersebut sekumpulan pelajar perempuan yang cantik-cantik berlaka sudah tentunya kumpulan Jinny dan HyunA ketawa geli hati sambil memandangku.Semalam Woo hyun dan Youngmin pun ketawa kan aku.Apa agaknya yang berlaku? pakaian ku tak cantikke? atau penampilan ku sungguh hodoh? aku memegang rambutku dan membetulkannya.Untuk menghilangkan rasa syak wasangka,aku mengeluarkan buku nota vocal ku untuk menyambung semula nota semalam yang tidak sempat ku salin dari Cik Park. Sedang-sedang aku menyalin..

"BUKKKKK!" bunyi buku teks yang tebal yang memang sengaja di jatuhkan diatas mejaku.Aku mendongak kepala ku.Sungguh terkejut kerana dihadapan ku sekarang adalah Mir! Mir maknae MblaQ,Rapper Mblaq juga.! Kacaknya dia....

"Bangun! kau tak berhak duduk sini!" Mir memulakan perbicaraan dengan nada yang marah.Aku terkejut dengan percakapannya..sungguh tiada adab! muka je hensem tapi adab macam apa tah.! dengusku di dalam hati.

"Sorry erk,aku tak tahu pun tempat ni dah ada tuan?" aku cuba mencari nama mir di atas meja itu.
Mir melihat gerak geriku yang seakan-akan memerlinya.
"Kau nak loya buruk dengan aku ke? Kau siapa huh perempuan? ni tempat aku! pergi kau!" kata Mir dengan nada yang marah. Aku terlihat kelibat Dongwoon di belakangnya.Dongwoon hanya mendiamkan diri.

"Kalau aku tak nak?"
"Kalau kau tak nak..." Mir mencapai beg silang ku dan mencampaknya ke arah tempat duduk yang kosong di belakang sekali.
'Heyy.! kurang ajar ya engkau!" aku segera berdiri menghentak meja sekuat hati dan mata kami bertentangan.Tak tahu kenapa tiba-tiba jantungku berdegup kencang.Dia terkejut dengan reaksiku.
Dia mencapai tanganku dan menarikku menuju ke arah tempat duduk yang kosong di belakang tadi.Dia menolakku hingga ku terduduk di kerusi.Amarah ku membuak-buak.Aku hanya menahan marah ku.kalau aku lawan pon tiada gunanya.tak pasal2 aku masuk surat khabar muka surat depan sebab cederakan Idol kpop.Woo hyun dan youngmin tergelak kecil di tempat duduk mereka.
Benci! mereka ni jahat betul!

Mir Story


"Ah..penatnya.." keluhku .Penatku masih tak hilang-hilang, biasalah baru balik dari Mblaq Asia Tour.Susahnya jadi artis! tidur tak cukup!  aku menoleh ke arah Dongwoon yang khusyuk mendengar lagu dari Mp3nya.Woo Hyun pula sibuk melayan telefon dari makwenya tak tahu lah makwe yang keberapa, Youngmin pula sibuk menghafal lagu debutnya bersama Boyfriend,Eli..biasalah dia diam seribu bahasa. Kami berjalan menuju ke kelas 1-A. Woo hyun mematikan telefonyya.

"Oh ya Mir,sekejap lagi kau pasti terkejut" Woo hyun bersuara,memecah kesunyian
"Terkejut? kenapa?" soalku hairan
"Kita tengok dan lihat" Woo hyun tersenyum sinis ke arah ku.entah apa yang kelakarnya aku pon tak tahu.
Setibanya kami di kelas,aku melihat kelibat seorang perempuan sedang duduk menulis di tempatku.
siapa perempuan tu? cantiknya..kataku di dalam hati,Hish! kenapa aku boleh cakap macam tu?!. Aku segera menuju ke arah perempuan itu dan sengaja menjatuhkan buku teks ku ke atas meja.Perempuan itu mendongak ke arah ku.dia kelihatan terkejut.

"Bangun! kau tak berhak duduk sini!" kataku,sengaja bernada marah.perempuan itu masih terkebil-kebil memandangku.Aku tahu lah aku hensem!

"Sorry erk,aku tak tahu pun tempat ni dah ada tuan?" perempuan itu berkata.Dia seperti mencari-cari sesuatu di mejaku. Dia perli aku.! pantang betul ada orang main-main dengan aku.!

"Kau nak loya buruk dengan aku ke? Kau siapa huh perempuan? ni tempat aku! pergi kau!" sergahku
dia terdiam seketika..
"Kalau aku tak nak?soalnya


"Kalau kau tak nak..." aku mencapai beg silangnya dan mencampaknya ke arah tempat duduk kosong di belakang.
'Heyy.! kurang ajar ya engkau!" dia menghentak meja dengan kuat membuat aku terkejut.Mata kami bertembung.Dia ni perempuan ke lelaki? kasar gila! berani betul dia nak tengking aku?! dia tahu tak aku ni siapa?? aku Mir lah.! Aku segera mencapai tangannya dan menariknya menuju ke arah tempat duduk kosong di belakang tadi. Aku menolak perempuan itu sampai dia terduduk di kerusi.Muka perempuan itu bertukar menjadi merah. menahan geram.aku tersenyum puas.dia tak kenal aku siapa.
Lalu aku menuju ke tempat duduk ku.
"Woonie-yya,siapa perempuan tu?" soalku kepada dongwoon
"Ju yeon.." Jawab dongwoon acuh tak acuh.


No comments:

Post a Comment